Thursday, January 21, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER


                                                      


NUR ATIKAH BINTI SABIHIN
195375


 Assalamualaikum W.B.T

Pertama sekali aku rasa bersyukur dan bangga kerana berjaya menamatkan subjek yang begitu menggerunkan diriku. Semestinya harus berkorban jiwa, raga dan masa tapi aku tahu dihujungnya pasti membuahkan hasil yang lumayan.  Kenapa aku katakan begini?? Meh aku kongsikan cerita.

Memandangkan aku ni pelajar tahun akhir dan bakal bergelar graduan ijazah sarjana muda tak lama lagi, aku kena pastikan jam kredit aku cukup untuk melayakkan aku bergraduat. Maka bermulalah kisah mendaftar subjek yang bagi aku memang huru-haralah. Mana taknya kos aku ada major dan minor. Jadi bila tiap kali sesi daftar subjek akan ambil masa yang lama untuk dapat persetujuan. Iyalah sebab subjek minor ni campur dengan kos lain. Memang banyak karenahlah cerita dia.  Dipendekkan cerita, akhirnya dapat juga mendaftar semua subjek minor. Pada masa tu memang tak fikir apa-apa asalkan dapat daftar subjek je. Maklumlah subjek minor ni kena berebut sebab takut kuota penuh. Lepas je daftar tengok - tengok jadual hari isnin pukul 8 pagi subjek BBN3402 iaitu Penterjemahan Berbantukan Komputer. Ah pusing… aku ni dahla kurang gemar kelas seawal jam 8 pagi. (tapi tak bermakna aku bukan morning person tau hehe). Tapi bila fikir-fikir nasib baik kelas online jadi macam tak kisah sangat. Kalau kelas fizikal ni memang tak tau lah nak cakap apa. Mungkin hari-hari akan berharap ada kelas batal. Hihihihihih maaf Prof.

Maka dengan itu, bermulalah kisah minggu pertama kelas online. Ingatkan boleh rilek-rilek tapi sangkaan aku meleset ya. Hari isnin minggu pertama dah ada yang kena marah sebab tak buka video, salah panggil nama, lewat masuk kelas dan macam-macam lagilah. Waktu tu aku berfikir wah boleh tahan juga eh subjek ni. Memang aku berdoa supaya dimudahkan semua dan mampu bertahan hingga ke akhirnya. Yelah, biasanya hari isnin kan orang dok sibuk-sibuk "Monday blues" haa memang harapan la nak  "Monday blues" tu huhuhhuu….. Jadi memang setiap hari isnin adalah hari kelam kabut bagi pelajar yang ambil subjek ni. Memang kena siap sedia fizikal dan mental. Ceh macam nak berperang pulak bunyinya. Tapi perang emosi lah  hihihi..

Hari demi hari minggu demi minggu kelas tetap berjalan seperti biasa walaupun kadang-kadang hati ni merana dengan tugasan yang banyak.  Tambahan pula dengan masa yang singkat. Tipula kan sebagai pelajar tak pernah mental dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walaupun aku mengomel sendirian tapi aku tetap lakukan kerja yang diberikan oleh Prof. sebab dah memang tanggungjawab, jadi mestilah kena buat kan. Lagipun aku bertambah yakin apabila Prof sendiri memberi jaminan kepada pelajarnya siapa yang ikut arahan, jangan risau pasal gred markah. Alhamdulillah lega aku mendengarnya. Sebenarnya aku tersedar sepanjang minggu tugasan yang diberikan Prof tu ada juga membantu aku dari segi teknikal, menambah ilmu pengetahuan dan erti kehidupan dalam dunia terjemahan. Bagi aku bahagian paling mencabar sekali adalah waktu buat track changes. Sepanjang aku bergelar pelajar ni kan, mana lah aku tau nak buat track changes tu apa fungsi semua. Bila dapat tugasan kena buat pakai track changes ni memang aku emosi lah sebab tak tau cara nak guna dan tak pernah guna. Gigih tau waktu tu tengok youtube dan tanya kawan-kawan. Memang aku koyaklah waktu tu. Lepastu bila dah banyak kali buat dalam terjemahan barulah tau fungsinya. Satu hal pulak bila kena guna blog untuk gabungkan semua kerja dari minggu pertama sampai minggu akhir. Aku ni dah lah tak pernah guna blog, jadi waktu mula-mula tu memang terkial-kial lah juga huhu. Tapi lama-lama okay je sebab aku tengok dari blog ni ada juga manfaat dan boleh buat duit jugak eh hihihihi…. Jadi benda yang aku pelajari sepanjang dalam kursus ini, apa yang diajarkan itu selain ilmu pengetahuan lebih kepada membentuk disiplin yang tinggi dan menyiapkan diri untuk berhadapan cabaran realiti sebenar dalam dunia kerja terjemahan. Selain itu, menggangap ini sebagai latihan untuk bersikap professional dimana belajar bekerja dibawah tekanan, diberi waktu yang singkat, penggunaan teknikal dalam terjemahan dan lain-lain. Ini semua mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan ketabahan sebagai penterjemah.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. kerana telah mengajar, mencurahkan ilmu dan mendidik kami dengan penuh semangat. Walaupun tak pernah bersua secara fizikal dan hanya secara online namun Prof tetap seorang yang komited dalam mengajar serta prihatin membantu pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Ampun maaf dan salah silap dipinta sepanjang mengikuti kursus ini. Jasamu akan sentiasa dikenang dan disimpan dalam ingatan. Terima kasih Prof. Semoga berjumpa lagi akan datang. Prof. memang terbaik! 


                                                       💛 Kelas terakhir  💛




Dibawah ini merujuk kepada tugasan yang diberikan oleh Prof sepanjang mengikuti kursus ini:

Minggu 1

Minggu 1 Excel


Minggu 2 

Minggu 2 Excel

Minggu 2 Cerita Sosial


Minggu 3

Minggu 3 Excel

Minggu 3 Puisi


Minggu 4

Minggu 4 Excel

Minggu 4 Alim

Minggu 4 Prakata & Bab 1


Minggu 5

Minggu 5 Excel

Minggu 5 Jadual Edited

Minggu 5 Jadual Clean


Minggu 6

Minggu 6 Prof di UK

Minggu 6 Ujaran Edited

Minggu 6 Ujaran Clean

Minggu 6 Tesis


Minggu 7

Minggu 7 Quotation

Minggu 7 Excel


Minggu 8

Minggu 8 Berita Awani

Minggu 8 Twitter

Minggu 8 Tesis


Minggu 9

Minggu 9 Quotation(2)

Minggu 9 Cerita Pendek

Minggu 9 Tesis Bab 1

Minggu 9 Wacana


Minggu 10 

Minggu 10 Resipi (1)

Minggu 10 Resipi (2)

Minggu 10 Resipi (3)

Minggu 10 Resipi (4)

Mingu 10 Quotation (3)

Minggu 10 Tesis Masihkah Kau Ingat?


Minggu 11 

Minggu 11 Quotation (4)

Minggu 11 Huraian Tesis

Minggu 11 Asas Grafik

Minggu 11 Terjemahan Video (1)

Minggu 11 Terjemahan Video (2)

Minggu 11 Terjemahan Video (3)

Minggu 11 Terjemahan Video (4)

Minggu 11 Terjemahan Video (5)

Minggu 11 Terjemahan Video (6)

Minggu 11 Terjemahan Video (7)

Minggu 11 Terjemahan Video (8)

Minggu 11 Terjemahan Video (9)

Mnggu 11 Tejemahan Video (10)

Minggu 11 Terjemahan Video (11)

Minguu 11 Terjemahan Video (12)

Minggu 11 Terjemahan Video (13)

No comments:

Post a Comment