Wednesday, December 30, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 QUOTATION(3)



                                                                      NUR ATIKAH BINTI SABIHIN

                                                                                     195375




   1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya sedang tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berusaha dan terus berusaha demi mendapatkan ketenangan itu semula. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

"Alim, tengok tu!", kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.  

"kenapa ayam dan itik tinggal di sana?." tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik.

 

 

2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya rindu keluarga saya setiap hari." Sebut Alim sambil tersenyum.

"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak.

 

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kesederhanaan memberikan kesedaran  kepada saya bahawa kehidupan adalah lebih berharga daripada segalanya. 

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum.  Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri.  Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri,Alim pandai memakai kasut sekolh sendiri. Alim juga tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah.


 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi paling sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja, Alim tersenyum.

 

 

5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa menjadi yang terbaik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.

 

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andai saya dapat meluahkan rasa cinta ini kepada awak, pasti saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia ini. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


 

7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percayakan anda.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Ini Alim. Kamu beri Sulaiman. Ibu nampak dia sedang siram pokok bunga tadi," kata ibu sambil menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis.

 

 

8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.


 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

"Alim suka tolong adik," kata bapa sambil tersenyum.





RUJUKANNoraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.






 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 











BUKTI KEHADIRAN PADA MINGGU 10 





No comments:

Post a Comment