Tuesday, January 5, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU 11 HURAIAN TESIS

 


NUR ATIKAH BINTI SABIHIN
195375




Masihkah Kau Ingat?


1.  Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Sebuah penulisan tesis hendaklah menggunakan ayat sendiri dan bersifat asli. Sekiranya ada mengambil mana-mana buku untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, perlulah diolah semula dengan menggunakan ayat sendiri dan elakkan daripada menyalin secara langsung tanpa mengubahnya.  


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Tesis yang ditulis mestilah disemak atau diperiksa terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal dengan menggunakan Turnitin atau tool yang lain. Hal ini disebabkan bagi mengelakkan tesis yang dilakukan mempunyai kadar plagiat yang tinggi. 


3.  Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Setiap bahan rujukan yang hendak dirujuk mestilah diambil daripada rujukan yang pertama dan mengelakkan daripada mengambil rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam penulisan artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya pelajar atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam penulisan artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan hanya merujuk artikel yang memetik kajian itu. 


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Setiap pelajar atau individu yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis seharusnya banyak melakukan pembacaan artikel sekurang-kurangnya 50 buah artikel.  Hal ini bertujuan bagi memastikan pelajar atau individu tersebut lebih memahami tentang kajian yang hendak dijalankan dan membantu dalam mencari lompang kajian secara tidak langsung.


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Pelajar atau individu yang hendak membuat kajian disarankan untuk menghadiri seminar atau persidangan. Hal ini bertujuan bagi menambah input tentang kajian yang dijalankan dan mengetahui serba sedikit dalam pelaksanaan kajian yang bakal dilakukan.


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Segala penyelidikan atau kajian yang dijalankan oleh pelajar atau individu perlulah berbincang dengan penyelia yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar bagi mengelakkan banyak kesalahan berlaku. Tambahan pula, pelajar bukanlah pakar dalam segala bidang. 


7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Penulisan tesis yang dijalankan mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan mengikut pada setiap bab. Hal ini bagi mengelakkan pengurangan halaman muka surat berlaku. Pada bab 1 jumlah halaman antara 10 -12 halaman, pada bab 2 pula berjumlah 30 halaman bagi bacelor dan Master, serta 50 halaman bagi phD. Seterusnya pada bab 3 sekitar 10-12 halaman serta bab 4 berjumlah 40 halaman bagi setiap objektif. Bab 5 pula dikehendaki sebanyak 8-12 halaman.

 

8.  Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Keseluruhan tesis bagi bacelor mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman, manakala 81-150 halaman bagi Master dan 151-240 halaman bagi phD. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan pihak universiti.


9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Sepanjang tempoh pengajian disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat jadual. Hal ini bertujuan agar penulisan tesis atau kajian yang dijalankan dapat disiapkan pada tepat masanya. Sekiranya gagal membuat perancangan dengan teliti  dikhuatiri akan menjejaskan kajian yang dilakukan seperti sukar untuk menyiapkan kajian  mengikut waktu yang ditetapkan dan terdapat masalah lain yang muncul pada kemudian hari. 



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.








BUKTI KEHADIRAN PADA MINGGU 11 









No comments:

Post a Comment